Terokai perisian penyelesaian perniagaan kami, Aplikasi Cloud BizCloud2u. Pasukan pakar kami dapat menyesuaikan perisian ini mengikut kehendak pelanggan berharga kami dari pelbagai industri dan perniagaan.
MEMANFAATKAN DATA PERNIAGAAN
Lebih dari sekadar laman web biasa, Aplikasi Cloud BizCloud2u memanfaatkan data perniagaan dalam Sistem Perakaunan dan Stok + Bil untuk memberikan maklumat penting tepat pada waktunya kepada pekerja dan pelanggan serta mempunyai interaksi pengguna yang sangat interaktif melalui Internet.
Penggunaan Aplikasi Cloud BizCloud2u akan membantu perniagaan anda menjimatkan kos, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan meningkatkan produktiviti pekerja.
KELEBIHAN
MENINGKATKAN PERKHIDMATAN & KEPUASAN PELANGGAN
Pelanggan akan mendapat manfaat daripada pekhidmatan yang ditambah baik kerana pekerja anda mempunyai maklumat yang mereka perlukan untuk melayani pelanggan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PEKERJA DALAMAN
Pekerja akan mempunyai akses ke maklumat kritikal walaupun mereka berada di luar pejabat. Ini bermaksud produktiviti dapat ditingkatkan dan boleh mengurangkan kes kehilangan peluang disebabkan masalah kekurangan maklumat.
MELANCARKAN PERNIAGAAN & FLEKSIBILITI BEKERJA
Memandangkan maklumat perniagaan kini tersedia di mana sahaja melalui internet, perniagaan anda dapat terus berfungsi walaupun pekerja anda tidak dapat hadir di pejabat.
Features
KAPASITI INTERNET
Aplikasi Cloud BizCloud2u memberikan kemudahan akses maklumat Akaun dan Stok secara real-time dari mana-mana lokasi pada bila-bila masa melalui internet.
PEROLEHAN MAKLUMAT PELANGGAN
Semua rekod pelanggan tersedia untuk digunakan oleh pekerja tertentu melalui internet, yang membolehkan mereka memperolehi maklumat pelanggan walaupun berada di luar pejabat.
MAKLUMAT ITEM DAN STOK
Pelanggan dan Pekerja Bergerak akan dapat menanyakan maklumat item termasuk Sejarah Harga Jual. Tahap Stok Semasa juga dapat dilihat oleh pengguna yang diberikan keizinan keselamatan tertentu.
MEREKOD TRANSAKSI
Pekerja mempunyai fleksibiliti melakukan transaksi melalui Aplikasi Cloud BizCloud2u. Transaksi dihubungkan secara langsung ke Sistem Perakaunan, ini dapat mengelakkan duplikasi kemasukan data dan mengurangkan terjadinya kesilapan.
PERTANYAAN BIL
Maklumat mengenai bil-bil dikemukakan dari Sistem Perakaunan dan boleh dilihat melalui web.
PERTANYAAN PEMBAYARAN
Maklumat Kredit dan Pembayaran diambil terus daripada Sistem Perakaunan dan boleh dilihat melalui web.
CIRI-CIRI
PENYATA AKAUN
Penyata Akaun Pelanggan boleh dilihat melalui Sistem Perakaunan.
PAPARAN DOKUMEN
Dokumen seperti Pesanan Penghantaran, Invois, Nota Debit dan Nota Kredit boleh dilihat dan dicetak melalui web.
ALAT PERNIAGAAN PINTAR
Aplikasi Cloud BizCloud2u juga memiliki alat perniagaan pintar untuk membantu pekerja membuat semakan jika terdapat pesanan jualan yang belum dipenuhi atau terdapat invois yang masih belum dibayar, ini membolehkan perkhidmatan pelanggan dan pengurusan hutang dilakukan dengan lebih cekap.
PENGGUNAAN YANG MUDAH
Aplikasi Cloud BizCloud2u telah direka dengan paparan antara muka yang mesra pengguna supaya pengguna dapat menguasai sistem dengan latihan yang minimum. Pengguna seperti jurujual syarikat tidak perlu dilatih untuk melaksanakan fungsi sistem perakaunan yang kompleks untuk menggunakan Aplikasi Cloud BizCloud2u.
KESELAMATAN
BizCloud2u Cloud Application features many levels of security access; allowing users to only view information that is designated to them.
Sales staff will only view related customer information etc. User access can be restricted as permissions to specific information can be defined.