Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

Adakah BizCloud2u merupakan perisian yang berasaskan Cloud?
Ya. Ia dapat diakses sepenuhnya melalui Pelayar Internet anda.
Dimanakah data saya diselenggarakan?
Ia diselenggarakan di Pusat Data AIMS Kuala Lumpur, Malaysia.
Adakah BizCloud2u sesuai digunakan oleh perniagaan kecil dan besar?
Kami menyediakan banyak versi yang sesuai untuk kebanyakan perniagaan. Baru-baru ini kami juga turut menyediakan perkhidmatan kepada persusahaan kecil dan sederhana SME.
Apakah kelebihan utama mengunakan perisian perakaunan dan inventori berasaskan internet berbanding menggunakan perisian berasaskan pelayan PC tradisional?
Kebolehan untuk mengakses perisian dan data anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja memberikan anda banyak kelebihan. Ia memberikan fleksibiliti kepada anda dan staf untuk bekerja pada waktu dan tempat yang sesuai untuk memberikan perkhidmatan kepada klien anda. Ini dapat meningkatkan produktiviti dan khidmat pelanggan. Ia juga membantu sekiranya berlaku kecemasan, bencana ataupun wabak, kerana perniagaan anda boleh diteruskan di luar kawasan.
Apakah kelebihan menggunakan BizCloud2u berbanding mengunakan perisian maya seperti Serverlink atau Go Global untuk mengakses perisian perakaunan dan inventori tradisional?
BizCloud2u dibangunkan untuk era internet. Ini membolehkannya beroperasi pada kelajuan /prestasi sistem yang lebih baik dan mempunyai paparan antara muka yang sesuai untuk pelayar web.
Bagaimana data saya di sandarkan?
Data anda disandarkan (backed up) pada setiap hari secara automatik.
Bolehkah Akauntan Luar (outsourced akauntan) kami log masuk ke BizCloud2u?
Ya, anda boleh membuat kebenaran log masuk kepada akauntan anda, melaluinya anda boleh melakukan kerjasama dengan mudah.